shallom,
Berikut adalah senarai AJK tertinggi bagi Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong Simpodon bagi tahun Kewangan 2013:
Yg. Dipertua: En. Ronny Sandau
Naib Yg. Dipertua: Cik Ester Souti
Setiausaha : Cik Sylvia Souti
T. Setiausaha : Cik. Noriati Akim
Bendahari : Cik Stephennie Olyvia Sabin
AJK Kecil:
1. Biro Akademik : Cik Betty Souti
2. Biro Sukan : En. Stetnius Munsin
3. Biro Ekonomi : En. Roynold Eddie Ladso
4. Biro Alam Sekitar dan Rekreasi : En. Ranjy Sandau
5. Biro Kerohanian & Kesihatan : Cik Raisah Sandau
6. Biro Seni & Kebudayaan : Cik Octaviani Kornolis
Terdapat pelbagai aktiviti dan perancangan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2013 pada mesyuarat Tahunan yang telah dijalankan pada 11.02.2013 yang lepas. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah lebih kepada kerjasama dengan JKKK Kg. Tiong Simpodon. Antaranya adalah;
1. Projek Petimpuruan + Projek Homestay – yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancangkan untuk mencapai target atau wawasan Kg. Tiong Simpodon untuk menjadikan Kg. Tiong Simpodon sebagai satu tempat pelancongan di masa hadapan. Hal ini juga merupakan salah satu rancangan yang termasuk dalam perancangan PBBKTS bagi mencapai wawasan 2022.
2. Projek Tanaman Herba- projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 bersama dengan kerjasama JKKK Kg. Tiong Simpodon. Tapak tanaman herba yang sudah diwartakan akan dibersihkan dan aktiviti melabel tanam-tanaman herba akan diteruskan. Hal ini adalah tindakan Biro Alam Sekitar dan Rekreasi.
3. Projek Mini Muzium & Pondok Peringatan Tabas juga akan diusahakan bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala pada tahun-tahun yang lalu. Hal ini juga adalah dengan kerjasama JKKK Kampung.
4. Karnival Belia pada tahun 2013 akan ditekan lebih kepada aktviti-aktiviti sukan seperti Futsal, Badminton dan Pingpong. Pihak persatuan akan berusaha untuk mendapatkan dana dan sumbangan daripada pertubuhan, dari dan juga daripada kementerian Belia Dan Sukan Sabah bagi membiayai Karnival tersebut. Sebarang maklumat mengenai dengan Karnival Belia akan dikemaskini dalam laman ini dari semasa ke semasa.
5. Pihak persatuan juga telah dilantik menjadi penganjur sukan rakyat sempena Perayaan Kaamatan 7 Tahun pada tahun 2013 ini bagi meraihkan dan menghormati kedatangan saudara0mara yang datang dari jauh. Pihak JKKK akan merancang dan mengatur apakah jenis-jenis permainan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut, manakalah Pihak Persatuan akan menjadi penganjur dan pengendali bagi sukan rakyat tersebut.
6. Berkerjasama dengan JKKK untuk membersihkan kawasan kampung sekali sebulan. Selain itu, PBBKTS akan menjadi Agen Penanam Bunga di sepanjang jalan raya di dalam kawasan kampung dengan diketuai oleh Cik Sarajini Akim dan dibantu oleh Pn. Anna.
Mungkin, banyak aktiviti atau perancangan 2013 ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dibawa dari tahun-tahun yang lalu. Namun demikian, PBBKTS akan terus berusaha untuk melaksanakan aktiviti tersebut di samping untuk mencapai Visi 2022 PBBKTS yang disampaikan oleh mantan yang dipertua tahun lalu.
Semoga apa pun juga yang kita rancangkan bersama dapat dilaksanakan degan jayanya. Walaupun semua aktiviti itu tidak dapat dijalankan sekaligus, namun kita akan terus berusaha dan seterusnya dapat membuktikan bahawa walaupun kita datang dari kampung yang kecil dan jauh di pedalaman namun kita juga ada kemampun untuk menjayakan apa juga aktiviti yang dirancang. Selain itu, bagi para ahli PBBKTS yang jauh di perantauan, kita juga disarankan untuk bersama-sama menyokong PBBKTS. Apa pun juga pekerjaan dan jawatan kita, kita gunakan itu untuk terus memajukan KTS, di samping membantu adik-adik kita yang masih muda untuk terus melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Mari kita sama-sama membantu perkembangan dan kemajuan kampung kita terlebih kepada adik-adik kita yang masih kecil.
Sebarang aktiviti akan dikemaskini dari masa ke masa di laman ini. Sebarang pertanyaan juga boleh disalurkan melalui laman ini juga ke laman official facebook PBBKTS, atau secara terus kepada AJK tertinggi PBBKTS.

No comments:

Post a Comment