shallom,
Berikut adalah senarai AJK tertinggi bagi Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong Simpodon bagi tahun Kewangan 2013:
Yg. Dipertua: En. Ronny Sandau
Naib Yg. Dipertua: Cik Ester Souti
Setiausaha : Cik Sylvia Souti
T. Setiausaha : Cik. Noriati Akim
Bendahari : Cik Stephennie Olyvia Sabin
AJK Kecil:
1. Biro Akademik : Cik Betty Souti
2. Biro Sukan : En. Stetnius Munsin
3. Biro Ekonomi : En. Roynold Eddie Ladso
4. Biro Alam Sekitar dan Rekreasi : En. Ranjy Sandau
5. Biro Kerohanian & Kesihatan : Cik Raisah Sandau
6. Biro Seni & Kebudayaan : Cik Octaviani Kornolis
Terdapat pelbagai aktiviti dan perancangan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2013 pada mesyuarat Tahunan yang telah dijalankan pada 11.02.2013 yang lepas. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah lebih kepada kerjasama dengan JKKK Kg. Tiong Simpodon. Antaranya adalah;
1. Projek Petimpuruan + Projek Homestay – yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancangkan untuk mencapai target atau wawasan Kg. Tiong Simpodon untuk menjadikan Kg. Tiong Simpodon sebagai satu tempat pelancongan di masa hadapan. Hal ini juga merupakan salah satu rancangan yang termasuk dalam perancangan PBBKTS bagi mencapai wawasan 2022.
2. Projek Tanaman Herba- projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 bersama dengan kerjasama JKKK Kg. Tiong Simpodon. Tapak tanaman herba yang sudah diwartakan akan dibersihkan dan aktiviti melabel tanam-tanaman herba akan diteruskan. Hal ini adalah tindakan Biro Alam Sekitar dan Rekreasi.
3. Projek Mini Muzium & Pondok Peringatan Tabas juga akan diusahakan bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala pada tahun-tahun yang lalu. Hal ini juga adalah dengan kerjasama JKKK Kampung.
4. Karnival Belia pada tahun 2013 akan ditekan lebih kepada aktviti-aktiviti sukan seperti Futsal, Badminton dan Pingpong. Pihak persatuan akan berusaha untuk mendapatkan dana dan sumbangan daripada pertubuhan, dari dan juga daripada kementerian Belia Dan Sukan Sabah bagi membiayai Karnival tersebut. Sebarang maklumat mengenai dengan Karnival Belia akan dikemaskini dalam laman ini dari semasa ke semasa.
5. Pihak persatuan juga telah dilantik menjadi penganjur sukan rakyat sempena Perayaan Kaamatan 7 Tahun pada tahun 2013 ini bagi meraihkan dan menghormati kedatangan saudara0mara yang datang dari jauh. Pihak JKKK akan merancang dan mengatur apakah jenis-jenis permainan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut, manakalah Pihak Persatuan akan menjadi penganjur dan pengendali bagi sukan rakyat tersebut.
6. Berkerjasama dengan JKKK untuk membersihkan kawasan kampung sekali sebulan. Selain itu, PBBKTS akan menjadi Agen Penanam Bunga di sepanjang jalan raya di dalam kawasan kampung dengan diketuai oleh Cik Sarajini Akim dan dibantu oleh Pn. Anna.
Mungkin, banyak aktiviti atau perancangan 2013 ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dibawa dari tahun-tahun yang lalu. Namun demikian, PBBKTS akan terus berusaha untuk melaksanakan aktiviti tersebut di samping untuk mencapai Visi 2022 PBBKTS yang disampaikan oleh mantan yang dipertua tahun lalu.
Semoga apa pun juga yang kita rancangkan bersama dapat dilaksanakan degan jayanya. Walaupun semua aktiviti itu tidak dapat dijalankan sekaligus, namun kita akan terus berusaha dan seterusnya dapat membuktikan bahawa walaupun kita datang dari kampung yang kecil dan jauh di pedalaman namun kita juga ada kemampun untuk menjayakan apa juga aktiviti yang dirancang. Selain itu, bagi para ahli PBBKTS yang jauh di perantauan, kita juga disarankan untuk bersama-sama menyokong PBBKTS. Apa pun juga pekerjaan dan jawatan kita, kita gunakan itu untuk terus memajukan KTS, di samping membantu adik-adik kita yang masih muda untuk terus melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Mari kita sama-sama membantu perkembangan dan kemajuan kampung kita terlebih kepada adik-adik kita yang masih kecil.
Sebarang aktiviti akan dikemaskini dari masa ke masa di laman ini. Sebarang pertanyaan juga boleh disalurkan melalui laman ini juga ke laman official facebook PBBKTS, atau secara terus kepada AJK tertinggi PBBKTS.

SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN

1. KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA PBBKTS

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BADMINTON BOLEH DIDAPATI DI SINI:

DOWNLOAD

2. KEJOHANAN PING PONG TERBUKA PBBKTS

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN PING PONG BOLEH DIDAPATI DI SINI:

DOWNLOAD

3. PERTANDINGAN UNDUK NGADAU

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN UNDUK NGADAU BOLEH DIDAPATI DI SINI:

DOWNLOAD

4. PERTANDINGAN KARAOKE

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KARAOKE BOLEH DIDAPATI DI SINI:

DOWNLOAD


5.KEJOHANAN FUTSAL PIALA YUNUF MORINGKING.

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN FUTSAL BOLEH DIDAPATI DI SINI:

DOWNLOAD


sekiranya anda tidak mempunyai pdf reader anda boleh download di sini: Foxit Reader


untuk keterangan lanjut dan sekiranya anda mempunyai masalah untuk download borang sila emailkan kepada:

pbbkts@yahoo.com

atau hubungi;

013-8817736- En. Duali

019-8990201-Raly

014-8570857-Stephenie

013-8899617-Stetnius

014-8670929-Salvia


KARNIVAL BELIA PBBKTS 2011

Heloo tompinai-tompinai…

Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong simpodon akan sekali lagi menjalankan aktiviti Belia sempena dengan sambutan Hari Kaamatan 2011 dengan kerjasama JKKK kg. Tiong Simpodon.
“KARNIVAL BELIA 2011”



Matlamat dan objektif:
Ø Meningkatkan ketahanan mental, keyakinan diri, menggalakkan kreativiti, dan mewujudkan semangat berdaya saing di kalangan belia.
Ø Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menjaga budaya serta kraftangan tempatan di samping mempopularkan sukan- sukan tradisi.
Ø Mencungkil bakat dikalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui aktiviti Jabatan Belia & Sukan.
Ø Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan penduduk 1 Tiong dan juga penduduk- penduduk di kawasan Lembah Kiulu.



Tarikh : 1 Jun 2011 hingga 4 Jun 2011 (4 hari)
Tempat Program : Dewan Serbaguna Kg. Tiong Simpodon.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang “Karnival Belia 2011”:
1) Ceramah
2) Pameran Kerjaya
3) Kejohanan Badminton Terbuka
4) Kejohanan Ping Pong Terbuka
5) Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik)
6) Pertandingan Masakan Tradisi
7) Pertandingan Mangagong (Pukul Gong)
8) Pertandingan Sukan Tradisi
9) Pertandingan Karaoke
10) Cabutan Tiket Bertuah






*penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Lembah Kiulu (dr Tomis,Tiong sehinggalah ke Sinulihan, Lokos....dsb)

*maklumat mengenai aktiviti ini akan di'update' dr masa ke semasa....








Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)


maklumat lanjut: http://www.kbs.gov.my/index_kemahiran.php

Inst
itut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Lokasi IKBN


SEMENANJUNG MALAYSIA

    1. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang
    2. Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam
    3. Institut Kemahiran Belia Negara Bachok
    4. Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua
    5. Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh
    6. Institut Kemahiran Belia Negara Chembong
    7. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra
    8. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
    9. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    10. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    11. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
    12. Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah
    13. Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh
    14. Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian

SABAH & SARAWAK

    1. Institut Kemahiran Belia Negara Miri
    2. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut

from Vine Souti

fromVine Souti
toBarait
dateThu, Jul 15, 2010 at 6:06 AM
subjectRe: [Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong Simpodon] Penilaian dan Perbincangan
mailed-byyahoo.com
signed-byyahoo.com
wenn_delysi@yahoo.com Jul 15 (2 days ago)
saya rasa kita boleh mulakan kempen mengumpul buku bermula cuti sekolah hujung tahun ini..selain dapat membantu pelajar dari kg kita ia juga dapat mengelakkan buku lama kita terbazir begitu sahaja..selain tu saya mencadangkan agar para belia yang masih menunggu tawaran belajar membuat kelas tamabahan kepada para pelajar sekolah rendah di kampung..mesyuarat agung tahun ini kita cuba bincang apa kertas kerja yang sesuai dan boleh kita buat supaya boleh dibawa kepada Datuk Majidi...kita harap kelas belajar pukul gong dapat diteruskan supaya pada masa2 akan datang persatuan kita dapat melibatkan diri dalam aktiviti2 kebudayaan,cth semasa majlis kamaatan,majlis khwin dsbnya..mungkin kita juga boleh cadangkan kepada biro kebudayaan untuk belajar tarian tradisional kita..

Cadangan untuk Biro

Apa yang saya perhatikan dari dulu di gereja kita semasa Christmas, sukaneka merupakan permainan yang popular. Namun sukaneka ini ditaja secara sukarela oleh orang persorangan.
Jadi cadangan saya di sini mungkin pada tahun ini kita boleh menaja dan mengendalikan sukaneka pada tahun ini sebagai salah satu aktiviti untuk biro kerohanian.

Jadi saya cadangkan kepada ketua biro untuk berhubung dengan kepimpinan gereja untuk membincangkan perkara ini....

feedback untuk cadangan ini sangat diperlukan. sila beri komen dan pendapat anda.TQ

Senarai Universiti Awam dan swasta di Malaysia

Senarai Universiti Awam di Malaysia

Sila klik senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Universiti swasta
    1. Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Kedah
    2. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
    3. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
    4. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
    5. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
    6. Universiti Multimedia (MMU), Selangor
    7. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
    8. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
    9. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
    10. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor. UNITAR Sabah dan Sarawak klik link ini: SIDMA COLLEGE
    11. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
    12. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
    13. Universiti Industri Selangor (UNISEL), Selangor
    14. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
    15. Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
    16. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
    17. Universiti Antarabangsa Albukhary, Johor

    Universiti luar negara kampus Malaysia

    1. Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
    2. Universiti Monash Malaysia, Selangor
    3. Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
    4. Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
    • Universiti New Castle, Iskandar Malaysia (Dalam Pembinaan)

    Kolej universiti

    1. Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI)
    2. Kolej Universiti Binary, Selangor
    3. Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)(dulu Kolej Teknologi Cosmopoint)
    4. Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
    5. Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur
    6. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Selangor
    7. Kolej Universiti Antarabangsa INTI (INTI-UC), Kuala Lumpur
    8. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
    9. Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
    10. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
    11. Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
    12. Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Negeri Sembilan
    13. Kolej Universiti Sunway, Selangor
    14. Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu(dulu TATI)
    15. Kolej Universiti Taylor's, Selangor
    16. Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka
    Rancang Awal. Masa Depan Cemerlang