AJK Kecil: 1. Biro Akademik : Cik Betty Souti 2. Biro Sukan : En. Stetnius Munsin 3. Biro Ekonomi : En. Roynold Eddie Ladso 4. Biro Alam Sekitar dan Rekreasi : En. Ranjy Sandau 5. Biro Kerohanian & Kesihatan : Cik Raisah Sandau 6. Biro Seni & Kebudayaan : Cik Octaviani Kornolis Terdapat pelbagai aktiviti dan perancangan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2013 pada mesyuarat Tahunan yang telah dijalankan pada 11.02.2013 yang lepas. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah lebih kepada kerjasama dengan JKKK Kg. Tiong Simpodon. Antaranya adalah; 1. Projek Petimpuruan + Projek Homestay – yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancangkan untuk mencapai target atau wawasan Kg. Tiong Simpodon untuk menjadikan Kg. Tiong Simpodon sebagai satu tempat pelancongan di masa hadapan. Hal ini juga merupakan salah satu rancangan yang termasuk dalam perancangan PBBKTS bagi mencapai wawasan 2022. 2. Projek Tanaman Herba- projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 bersama dengan kerjasama JKKK Kg. Tiong Simpodon. Tapak tanaman herba yang sudah diwartakan akan dibersihkan dan aktiviti melabel tanam-tanaman herba akan diteruskan. Hal ini adalah tindakan Biro Alam Sekitar dan Rekreasi. 3. Projek Mini Muzium & Pondok Peringatan Tabas juga akan diusahakan bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala pada tahun-tahun yang lalu. Hal ini juga adalah dengan kerjasama JKKK Kampung. 4. Karnival Belia pada tahun 2013 akan ditekan lebih kepada aktviti-aktiviti sukan seperti Futsal, Badminton dan Pingpong. Pihak persatuan akan berusaha untuk mendapatkan dana dan sumbangan daripada pertubuhan, dari dan juga daripada kementerian Belia Dan Sukan Sabah bagi membiayai Karnival tersebut. Sebarang maklumat mengenai dengan Karnival Belia akan dikemaskini dalam laman ini dari semasa ke semasa. 5. Pihak persatuan juga telah dilantik menjadi penganjur sukan rakyat sempena Perayaan Kaamatan 7 Tahun pada tahun 2013 ini bagi meraihkan dan menghormati kedatangan saudara0mara yang datang dari jauh. Pihak JKKK akan merancang dan mengatur apakah jenis-jenis permainan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut, manakalah Pihak Persatuan akan menjadi penganjur dan pengendali bagi sukan rakyat tersebut. 6. Berkerjasama dengan JKKK untuk membersihkan kawasan kampung sekali sebulan. Selain itu, PBBKTS akan menjadi Agen Penanam Bunga di sepanjang jalan raya di dalam kawasan kampung dengan diketuai oleh Cik Sarajini Akim dan dibantu oleh Pn. Anna. Mungkin, banyak aktiviti atau perancangan 2013 ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dibawa dari tahun-tahun yang lalu. Namun demikian, PBBKTS akan terus berusaha untuk melaksanakan aktiviti tersebut di samping untuk mencapai Visi 2022 PBBKTS yang disampaikan oleh mantan yang dipertua tahun lalu. Semoga apa pun juga yang kita rancangkan bersama dapat dilaksanakan degan jayanya. Walaupun semua aktiviti itu tidak dapat dijalankan sekaligus, namun kita akan terus berusaha dan seterusnya dapat membuktikan bahawa walaupun kita datang dari kampung yang kecil dan jauh di pedalaman namun kita juga ada kemampun untuk menjayakan apa juga aktiviti yang dirancang. Selain itu, bagi para ahli PBBKTS yang jauh di perantauan, kita juga disarankan untuk bersama-sama menyokong PBBKTS. Apa pun juga pekerjaan dan jawatan kita, kita gunakan itu untuk terus memajukan KTS, di samping membantu adik-adik kita yang masih muda untuk terus melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Mari kita sama-sama membantu perkembangan dan kemajuan kampung kita terlebih kepada adik-adik kita yang masih kecil. Sebarang aktiviti akan dikemaskini dari masa ke masa di laman ini. Sebarang pertanyaan juga boleh disalurkan melalui laman ini juga ke laman official facebook PBBKTS, atau secara terus kepada AJK tertinggi PBBKTS.
Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong Simpodon
Beretika dan Berwawasan
SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN

1. KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA PBBKTS
SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN PING PONG BOLEH DIDAPATI DI SINI:
3. PERTANDINGAN UNDUK NGADAU
SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN UNDUK NGADAU BOLEH DIDAPATI DI SINI:
4. PERTANDINGAN KARAOKE
SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KARAOKE BOLEH DIDAPATI DI SINI:
5.KEJOHANAN FUTSAL PIALA YUNUF MORINGKING.
SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN FUTSAL BOLEH DIDAPATI DI SINI:
sekiranya anda tidak mempunyai pdf reader anda boleh download di sini: Foxit Reader
untuk keterangan lanjut dan sekiranya anda mempunyai masalah untuk download borang sila emailkan kepada:
pbbkts@yahoo.com
atau hubungi;
013-8817736- En. Duali
019-8990201-Raly
014-8570857-Stephenie
013-8899617-Stetnius
014-8670929-Salvia
KARNIVAL BELIA PBBKTS 2011
Persatuan Belia & Beliawanis Kg. Tiong simpodon akan sekali lagi menjalankan aktiviti Belia sempena dengan sambutan Hari Kaamatan 2011 dengan kerjasama JKKK kg. Tiong Simpodon.
“KARNIVAL BELIA 2011”
Matlamat dan objektif:
Ø Meningkatkan ketahanan mental, keyakinan diri, menggalakkan kreativiti, dan mewujudkan semangat berdaya saing di kalangan belia.
Ø Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menjaga budaya serta kraftangan tempatan di samping mempopularkan sukan- sukan tradisi.
Ø Mencungkil bakat dikalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui aktiviti Jabatan Belia & Sukan.
Ø Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan penduduk 1 Tiong dan juga penduduk- penduduk di kawasan Lembah Kiulu.
Tarikh : 1 Jun 2011 hingga 4 Jun 2011 (4 hari)
Tempat Program : Dewan Serbaguna Kg. Tiong Simpodon.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang “Karnival Belia 2011”:
1) Ceramah
2) Pameran Kerjaya
3) Kejohanan Badminton Terbuka
4) Kejohanan Ping Pong Terbuka
5) Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik)
6) Pertandingan Masakan Tradisi
7) Pertandingan Mangagong (Pukul Gong)
8) Pertandingan Sukan Tradisi
9) Pertandingan Karaoke
10) Cabutan Tiket Bertuah
*penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Lembah Kiulu (dr Tomis,Tiong sehinggalah ke Sinulihan, Lokos....dsb)
*maklumat mengenai aktiviti ini akan di'update' dr masa ke semasa....
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
![]() | ||||
![]() |
| |||
![]() | ||||
![]() |
|
from Vine Souti
| wenn_delysi@yahoo.com Jul 15 (2 days ago) |
Cadangan untuk Biro
Senarai Universiti Awam dan swasta di Malaysia
Sila klik senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
- Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Kedah
- Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
- Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
- Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
- Universiti Multimedia (MMU), Selangor
- Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
- Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
- Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor. UNITAR Sabah dan Sarawak klik link ini: SIDMA COLLEGE
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
- Universiti Industri Selangor (UNISEL), Selangor
- Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
- Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
- Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
- Universiti Antarabangsa Albukhary, Johor
Universiti luar negara kampus Malaysia
- Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
- Universiti Monash Malaysia, Selangor
- Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
- Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
- Universiti New Castle, Iskandar Malaysia (Dalam Pembinaan)
Kolej universiti
- Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI)
- Kolej Universiti Binary, Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)(dulu Kolej Teknologi Cosmopoint)
- Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
- Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur
- Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa INTI (INTI-UC), Kuala Lumpur
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
- Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
- Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
- Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
- Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Negeri Sembilan
- Kolej Universiti Sunway, Selangor
- Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu(dulu TATI)
- Kolej Universiti Taylor's, Selangor
- Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka