Hari Terbuka Belia 2010

Hari Terbuka Belia Kg. Tiong Simpodon yang julung kali diadakan pada 30 Mei hingga 31 Mei 2010. Acara tahun ini dijalankan agak sederhana selaras dengan matlamat tahun ini untuk memperkenalkan semua acara kepada penduduk kampung serta para belia agar lebih bersedia untuk tahun-tahun akan datang. Secara keseluruhannya matlamat acara ini tercapai.

Selepas sahaja acara selesai, satu bedah siasat telah diadakan dikalangan AJK Pelaksana bagi menilai kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. Hasilnya telah diminitkan dan akan menjadi panduan untuk melaksanakan program ini dengan lebih baik pada 2011. Antara kelemahan-kelamahan utama yang perlu diperbaiki ialah:-
  • Penganjuran Karaoke perlukan kategori dan pemilihan lagu perlu diasingkan antara lagu-lagu rohani dan lagu-lagu hiburan. Pada tahun depan lagu-lagu hiburan hanya akan dikhususkan untuk lagu-lagu Keamaatan.
  • Perlu ada "backdrop" dihadapan dewan serta "banner" untuk promosi disekitar kumpulan sasaran.
  • Dewan perlu dihias dengan hiasan tradisional.
  • Promosi perlu dibuat 3 bulan lebih awal supaya para peserta boleh membuat persediaan lebih awal.
  • AJK Pelaksana perlu dibentuk dengan melantik/memilih AJK dan memberi tugas-tugas terperinci.
  • Sukaneka perlu dipertandingkan mengikut kategori.
Acara Tahun 2011 akan dibuka kepada penduduk sekitar Kg. Tiong Tiong Simpodon. Pihak Belia akan menjemput Kg. Tiong Ratau dan Kg. Tiong Gondohon. Tahun-tahun berikutnya, acara ini akan dibuka kepada kampung-kampung lain seperti Kg. Tiong Keranaan, Kg. Tiong Tomburung dan Kg. Tomis.

Pihak Belia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang-penyumbang yang telah bermurah hati menyumbang bagi menjayakan program ini. Hasil sumbangan yang diperolehi ialah RM980.00 sahaja. Tabung Simpanan Belia tidak digunakan selaian RM 100.00 yang diberikan kepada 2 pelajar Terbaik SPM dan PMR 2009. 

Pihak Belia juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Duanis Saimi kerana telah memberikan sokongan moral serta menjadi ketua tukang masak pada hari tersebut.

Terima kasih untuk semua yang telah terlibat untuk menjayakan acara ini. Terima kasih kepada Setiausaha Persatuan kerana sempat balik ke kampung walaupun dengan jadual yang ketat untuk memberi sokongan moral.

Special thanks goes to Roziline Munsin, Sylbia Souti, Conie Sabin, Jhonny Madaun and Raly Munsin for dedication and commitment for the 2 days event.

Gambar-Gambar sedang diedit untuk dimasukkan... sila nantikan. Tolong komen untuk lebih memperbaiki acara ini. 

3 comments:

  1. kelemahan-kelemahan memang banyak sebab kali pertama diadakan. selain itu kekurangan pengalaman di kalangan AJK adalah salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memperkatakan acara ini. namun kita boleh perbaiki lagi pada masa akan datang.... tahun depan la....

    saya ada sedikit cadangan untuk PBBKTS....

    1. karaoke= dibahagi kepada 2 ketegori
    a)karaoke rohani
    b)karaoke pamaramai kaamatan

    namun apa yang penting adalah wajibkan lagu2 dusun. (walaupun karaoke rohani. bukan apa cuma untuk meneruskan bahasa kita yang semakin dilupakan oleh generasi muda terutama yang menetap@kerja di bandar2 (hehehehheheh)

    satu lagi... saya sarankan PBBKTS ada sound system sendiri... untuk memudahkan acara2 yang diadakan dan boleh jg disewakan kepada org kampung kalau ada kawin2 ka.... open house kamatan ka....( heheheh)
    pounsikou.....

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan pada masa2 akan datang kita perlu mencari sedikit sebanyak income kita sendiri untuk digunakan dalam aktiviti seperti ini. kekangan kewangan merupakan masalah yg agak menyukarkan akiviti seperti ini dijalankan dengan benar-benar teratur.

    namun commitment dari AJK juga sangat penting dalam menjayakan aktiviti seperti ini...

    apa yang saya ingin cadangkan di sini adalah.

    1. cari penaja luar untuk aktiviti anda
    2. perlu ada usaha semua pihak untuk bekerjasama sehingga dapat membuat sedikit aktiviti yang dapat memberi sedikit pulangan kepada persatuan dan secara tidak langsung kepada ahlinya.. (org. profit and member benefit)

    ReplyDelete
  3. Saya baru sahaja membuka laman web ini setelah beberapa bulan tidak membukanya. Bersyukur kerana laman web ini semakin di "update".

    Saya menghadiri dan terlibat secara langsung dalam acara Tadau Kaamatan yang lepas. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sepanjang perjalanan acara ini. Saya yakin tanpa kerjasama dan sikap "sporting" daripada semua AJK,pasti acara ini tidak dapat berjalan dengan lancar.

    Bersyukur juga atas sokongan semua penduduk kampung yang datang. semoga anda terus menyokong acara ini sebagai acara tahunan kita. saya yakin acara ini dapat mengeratkan lagi hubungan penduduk kampung TIONG.. Tuhan memberkati.

    ReplyDelete