MAJLIS DIALOG PEMBANGUNAN BELIA SEMPENA PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE 10 ( 2011-2015 ) DI KENINGAU

Majlis Dialog Pembangunan Belia Sempena Penyediaan Rancangan Malaysia ke 10 buat pertama kalinya diadakan di Keningau pada 21Mac 2009. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah.. Majlis dialog diadakan dengan harapan ;

a. mendapatkan input (idea-idea baru dan bernas) secara langsung dari peringkat akar umbi iaitu pemimpin belia, belia dengan sendirinya, mantan pemimpin belia dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha untuk membangunkan belia;

b. menambahbaik program dan projek yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan belia di Sabah supaya ianya terus relevan dengan aspirasi belia dan sealiran dengan arus perdana pembangunan belia Negara; dan

c. mencari pendekatan yang benar- benar mencerminkan kehendak belia setempat supaya program dan projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke – 10 nanti menepati sasaran dan “value for money” dapat direalisasikan.

Majlis Dialog tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadirian lebih kurang 150 orang belia-belia daripada Keningau, Sook, Nabawan, Tambunan dan Tenom yang mewakili belia Bahagian Keningau. Terdapat 19 peserta berkesempatan mengemukakan idea dan berkongsi pandangan. Peserta termuda hari tersebut berusia 14 tahun. Kesemua cadangan dan idea akan diberi perhatian bila Kementerian membuat sesuatu perancangan atau program. Peserta juga dimaklumkan semua pandangan atau cadangan boleh juga dipanjangkan melalui email di alamat berikut kbs@sabah.gov.my

Dalam Majlis yang sama, YB Datuk Jahim Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah menyampaikan surat Pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Perunding Belia Bahagian Keningau kepada YBhg.Encik Amat Yusof, Pegawai Daerah Keningau. Majlis Dialog dipengerusikan oleh Datu Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah.

No comments:

Post a Comment