APAKAH PANEL PENASIHAT SUKAN?

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 576

AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997
BAHAGIAN VI PANEL PENASIHAT SUKAN

27.Maka hendaklah ditubuhkan suatu panel yang hendaklah dikenali sebagai “Panel Penasihat Sukan” untuk menasihati Menteri tentang semua perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri dan untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditetapkan oleh Menteri supaya dijalankan olehnya di bawah Akta ini.
28.(1) Panel Penasihat Sukan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik
oleh Menteri:
(a) seorang Pengerusi; dan
(b) tidak lebih daripada lapan orang anggota lain, dua daripadanya hendaklah daripada calon
yang dinamakan oleh Majlis Olimpik Malaysia.

(2) Pengerusi dan anggota Panel Penasiha Sukan hendaklah memegang jawatan bagi
suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula.

(3) Menteri hendaklah menentukan saran dan terma-terma dan syarat-syarat lain bagi Pengerusi dan
anggota Panel Penasihat Sukan.

(4) Menteri boleh mengisytiharkan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota Panel Penasihat
Sukan sebagai kosong atas alasan bahawa dia didapati tak layak untuk terus memegang
jawatannya atau tidak dapat melaksanakan tugas-tugas jawatannya.

(5) Pengerusi atau mana-mana anggota Panel Penasihat Sukan boleh meletakkan jawatannya
pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.

(6) Pada mana-mana prosiding Panel Penasihat Sukan, kuorum hendaklah terdiri daripada lima
anggota, termasuk Pengerusi, dan jika Pengerusi tiada, mana-mana anggota yang hadir dalam
prosiding itu bolehlah dilantik sebagai Pengerusi oleh anggota lain yang hadir.
29.Panel Penasihat Sukan, setelah mengadakan apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu,
hendaklah membuat apa-apa syor kepada Menteri berhubung dengan apa-apa perkara
yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri di bawah Akta ini.
30.(1) Panel Penasihat Sukan boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mendedahkan
apa-apa maklumat kepada Panel dan mengemukakan apa-apa laporan dan dokumen
dalam pengetahuannya atau dalam miliknya sebagaimana yang difikirkan perlu bagi
maksud penjalanan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini dan Panel boleh
selanjutnya mengarahkan mana-mana orang yang difikirkannya perlu supaya hadir
di hadapannya untuk membolehkannya menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang:-
(a) tidak mematuhi arahan Panel Penasihat Sukan di bawah subseksyen (1);
(b) mendedahkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu; atau
(c) mengemukakan laporan atau dokumen yang diketahuinya adalah palsu, adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
31.Tiada tindakan atau prosiding undang-undang yang lain boleh diambil terhadap man-mana
anggota Panel Penasihat Sukan kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada
dilakukan dengan suci hai berkaitan dengan perjalanan tugas dan fungsi Panel Penasihat Sukan
di bawah Akta ini.
32.Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu berkenaan dengan Panel Penasihat Sukan
dan khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, Menteri boleh membuat peraturan-perauran:-

(a) untuk menetapkan prosedur yang hendaklah dipakai oleh Panel Penasihat Sukan dalam
menguruskan apa-apa perkara-perkara yang dirujukkan kepadanya dibawah Akta ini dan
rekod-rekod yang hendaklah disimpan olehnya;
(b) untuk menetapkan cara Panel Penasihat Sukan akan bersidang dan tempat di mana
Panel Penasihat Sukan akan bermesyurat;
(c) secara amnya bagi perjalanan yang lebih baik akan tugas dan fungsi Panel Penasihat
Sukan di bawah Akta ini.

No comments:

Post a Comment