PENUBUHAN PERSATUAN BELIA INDUK

APAKAH PERSATUAN BELIA INDUK PERINGKAT AKAR UMBI DI DAERAH?

1 Kenapa perlu di tubuhkan Persatuan Belia Induk?

  • Majlis Belia Daerah tidak akan dibentuk di peringkat Daerah;

  • Sifat Persatuan Belia di peringkat Daerah :-
    - keahliannya terhad;
    - diterajui oleh keluarga;
    - masalah kepimpinan;
    - berasaskan kaum, agama dan budaya; dan
    - tidak aktif

  • Memberi ruang kepada belia untuk menjadi pemimpin;

  • Mudah diurus dan dibantu; dan

  • Memantapkan toleransi dan perpaduan.

2. Apa yang dimaksudkan Persatuan Belia Induk di Daerah?

  • mewakili semua kaum, agama dan fahaman – “non partisan”;

  • mendukung aspirasi kerajaan; dan

  • rakan kongsi Kerajaan untuk membangun belia setempat.

3. Apakah sifat Persatuan Belia Induk di Daerah?

  • dipimpin oleh generasi muda (15 – 40 tahun);

  • keahlian minima 201 dan ke atas; dan

  • Bukan gabungan Persatuan Belia.

4. Apakah keistimewaan Persatuan Belia Induk?

  • diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Daerah;

  • dibimbing secara berterusan oleh Pegawai KBSS;

  • diberikan bantuan kewangan tahunan.

5. Apakah insentif kewangan yang disediakan untuk Persatuan Belia Induk?

  • Pemberian Geran Khas di antara RM1,000 – RM3,000;

  • Pemberian Geran Aktiviti Tahunan RM5,000 dan ke atas; dan

  • Program bersama Kementerian bernilai RM5,000 (Program Teras)

6. Kadar Pemberian Insentif (Pekeliling Bil 1 Tahun 2009)

Bilangan Ahli Geran Khas Geran Program Tahunan

a. 25 orang ke bawah RM1,000.00 -
b. 26 50 orang RM1,250.00 -
c. 51 75 orang RM1,500.00 RM2,000.00
d. 76 100 orang RM1,750.00 RM2,500.00
e. 101 125 orang RM2,000.00 RM3,000.00
f. 126 150 orang RM2,250.00 RM3,500.00
g. 151 175 orang RM2,500.00 RM4,000.00
h. 176 200 orang RM2,750.00 RM4,500.00
i. 201 orang ke atas RM3,000.00 RM5,000.00


7. Cadangan struktur organisasi Persatuan Belia Induk :-

  • Pegawai/Penolong Pegawai Daerah – Penasihat I;

  • Pegawai/Penolong Pegawai KBS Daerah – Penasihat II;

  • Penjawat jawatan utama Persatuan dipilih melalui undian; dan

  • Tiap-tiap kawasan, kaum dan agama diwakili secara lantikan sekiranya tidak berjaya dipilih
    – misalnya jawatan Naib Pengerusi.

8. Cadangan kriteria pemimpin Persatuan Belia Induk :-

  • Berumur tidak lebih daripada 35 tahun bagi kali pertama dipilih;

  • Mempunyai hubungan baik dengan semua masyarakat setempat;

  • Berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya peringkat Diploma;

  • Bukan pemimpin utama mana-mana parti politik; dan

  • Tinggal tetap di kawasan berkenaan.

9. Cadangan untuk mengupaya dan memperkasa Persatuan Belia Induk :-

  • Mesyuarat sekurang-kurangnya 4 x setahun di Pejabat KBSS atau Pejabat Daerah;

  • Tempoh memegang semua jawatan utama tidak lebih dari 2 penggal atau akan tamat tempoh apabila mencapai umur 41 tahun;

  • Semua dokumens, fail dan sebagainya disalinkan dan disimpan di pejabat KBSS;

  • Beroperasi atau berpejabat di Pejabat KBSS berkenaan;

  • Ahli Gabungan Majlis Belia Bahagian; Ahli Tetap Majlis Perundingan Belia Bahagian; dan

  • Ahli Persatuan diberi keutamaan untuk mengikuti kursus, bengkel, latihan, lawatan dan sebagainya diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

10. Cadangan bagaimana menubuh Persatuan Belia Induk :-

  • Tetapkan masa perhimpunan untuk menubuh;

  • Adakan perhimpunan belia seramai 350 orang – semua kampung,
    mukim atau kawasan diwakili secara saksama;

  • Buat gerakan pendaftaran keahlian – supaya boleh undi;

  • Kemuka atau namakan calon untuk jawatan utama;

  • Adakan kempen (ucapan umum) terbuka pada hari yang sama;

  • Atur proses undian seperti biasa – gunakan kertas undi;

  • Pengiraan Undi;Umum keputusan – jawatan utama untuk JK Penaja;

  • Adakan Mesyuarat JK Penaja; dan

  • Lengkapkan Borang Permohonan.

11. Perkara yang perlu diputuskan dalam Mesyuarat JK Penaja :-

  • Persetujuan untuk menubuh Persatuan Induk;

  • Meluluskan Nama Persatuan (dalam Bahasa Malaysia);

  • Meluluskan tempat urusan dan alamat surat menyurat (gunakan alamat KBSS Daerah);

  • Melantik AJK Penaja untuk mengurus pendaftaran persatuan;

  • Melulus Undang-Undang tubuh persatuan yang akan didaftar; dan

  • Menyediakan Minit Mesyuarat.

12. Tindakan selepas pemilihan dan mesyuarat JK Penaja :-

  • Adakan Majlis Perasmian pada hari yang sama;

  • Majukan permohonan pendaftaran kepada pihak berwajib;

  • Buka Akaun Persatuan;

  • Kemukakan permohonan Geran Khas :-

a. Minit Mesyuarat;
b. Senarai JK Penaja dan Ahli;
c. Salinan Surat Akuan Terima Permohonan; dan
d. Salinan Buku Akaun Persatuan.

  • Untuk Geran Aktiviti Tahunan :

a. Salinan sijil/Perakuan Pendaftaran;
b. Senarai JK dan Ahli; dan
c. Salinan Buku Akaun Persatuan.

13 Apa faedahnya kepada Daerah?

  • boleh digerakkan dan membantu pada bila-bila masa (sukarelawan);

- perayaan;
- bencana alam;
- gotong royong;
- pembimbing rakan sebaya;
- penggerak kepada kemajuan setempat; dan
- banyak lagi ......

SELAMAT BERPERSATUAN

No comments:

Post a Comment