Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB)

kepada belia yang berminat untuk membuat bisnes sendiri, sama ada dalam bidang
1.niaga
2.pertanian
sila dapatkan maklumat lanjut di link ini....


overview..

Tujuan Skim

1.1
Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga/tani dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.
2. Nama Skim

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB )

Dibahagikan kepada 2 :-

  1. Skim Belia Niaga (SBN)
  2. Skim Belia Tani (SBT)
3. Agensi Pelaksana

Institusi Kewangan yang dilantik :

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) - Skim Belia Niaga (SBN)
  • Agro Bank - Skim Belia Tani (SBT)
4. Syarat Dan Kelayakan Pinjaman
  1. Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
  2. Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
  3. Permohonan terbuka kepada pinjaman jenis milikan tunggal dan perkongsian sahaja.
  4. Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa atau separuh masa
  5. Mempunyai premis/tapak projek yang sah atau boleh beroperasi di rumah dengan syarat mempunyai kelulusan dari pihak yang berkaitan ( jika berkenaan ).
  6. Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  7. Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
  8. Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
  9. Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
  10. Syarat khas : Suami/isteri/anak kepada kakitangan Kementerian Belia dan Sukan layak memohon pinjaman dengan syarat pihak yang berkaitan mengisytiharkan kepentingan tersebut.
5. Syarat-Syarat Penjamin
5.1

RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN

  1. Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
  2. Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
5.2

Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;

  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
  3. Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
  4. Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
  5. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
5.3

Syarat khas :

Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.

5.4

Had menjamin :

Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

6. Had Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

7. Kadar Bayaran Perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% setahun dikira di atas baki bulanan
8. Kos Guaman Dan Insurans

Kos tersebut ditanggung oleh peminjam dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank Negara

9. Tempoh Kutipan Bayaran Balik Pinjaman

Mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik berdasarkan jenis projek yang dilaksanakan ( 3 – 6 bulan )

10. Tempoh Bayaran Balik

Maksimum sehingga 7 tahun

11. Permohonan untuk Mendapat Pinjaman
  1. Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan. Borang tersebut boleh didapati daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk semakan dan pengesahan sebelum dimajukan kepada institusi kewangan yang dilantik.
12. Skop Projek Bagi Skim Belia Niaga (SBN)

Skop pinjaman untuk Skim Belia Niaga (SBN) menerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia adalah merangkumi bidang perkhidmatan (kedai gunting rambut, salun kecantikan dan spa, mencuci kenderaan, solekan/andaman, bengkel kenderaan motor/motosikal, fotografi/video, kimpalan, membaiki radio/tv/telefon bimbit/alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit/pasar mini, kedai makan/restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan profesional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot, kedai tayar dan kedai alat ganti dll.), pembuatan (kraf tangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga, batik dll.),perniagaan ICT (kedai internet/pusat latihan, one-stop-centre seperti fotokopi/alat tulis/ pembayaran bil), kios/gerai/ pasar malam/penjaja(burger/yong tau fu/jagung/ais krim dll.) serta van/lori/motor bergerak, stokis, francais, modal kerja untuk kontraktor, perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain-lain perniagaan berlandaskan syariah.

Tidak termasuk pembiayaan untuk membeli premis perniagaan.

* Permohonan di dalam Skop Skim Belia Niaga juga boleh dipohon dengan Agro Bank

13. Skop Projek Bagi Skim BeliaTani (SBT)

Skop pinjaman untuk Skim Belia Tani (SBT) menerusi Agro Bank adalah merangkumi bidang pengeluaran tanaman jangka pendek (sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba ), ternakan haiwan (lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, bebiri dan ternakan puyuh), perikanan (ternakan ikan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar), ternakan lebah madu , industri asas tani (kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap dll., makanan tradisional seperti baulu, kerepek dll. dan makanan ringan/snek) dan perkhidmatan tani (bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak/baja/alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan/buah-buahan/lanskap, modal kerja untuk kontrak tani dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain – lain perniagaan yang berlandaskan syariah).

Tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan (durian, rambutan, cempedak dll.), kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan.

* Permohonan di dalam Skop Skim Belia Niaga juga boleh dipohon dengan Agro Bank

Soalan-Soalan Lazim
i)
Soalan 1

Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?

Jawapan 1

Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.

ii)Soalan 2

Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?

Jawapan 2
Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.
iii)Soalan 3

Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?

Jawapan 3

Dari RM 5,000 – 50, 000.00

iv)Soalan 4

Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?

Jawapan 4
Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu
v)Soalan 5

Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?

Jawapan 5
Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.
vi)Soalan 6

Apakah syarat-syarat penjamin ?

Jawapan 6
Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1.
Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2.
Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3.
Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.
vii)Soalan 7
Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
Jawapan 7
Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

1.
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2.

Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.

3.
Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4.
Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5.Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.
viii)Soalan 8

Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?

Jawapan 8

Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

5 comments:

  1. Saya peniaga pasar mlm dah berniaga lebih 3 tahun saya berniaga pakaian budak layak ke saya memohon ..adakah syarat syarat lagi patut saya ada...

    ReplyDelete
  2. Saya berniaga pasar mlm selama 3 tahun pakaian kanak- kanak ..saya berniat nak membuka kedai ..layak ka saya memohon dan bagaimana?

    ReplyDelete
  3. saya baru mau mula busineess cocopit masih ada kah

    ReplyDelete